...

My Melody Kawaii

bismillahirrahmanirrahim

nikmat Allah

Sunday 31 July 2011

AhlaN Wa SaHlaN..RaMadHAn..we'll miss u so MUchh..

AsSaLaMuaAlAikuM...
   Kaifa halukum? tau x arinie ari apa??hah?takkn x tau kowt..isk2 try2 usha kalender kt sbelah nie..hari apa?hari isnin,cikgu..hah?x kn kowt..try usha len...~~usha~~usha Kalender..ha!1 ramadhan,cikgu..ha..pndai pon ank2 murid skalian..jdi kalo 1 ramadhan buat apa,anak2??Buat bodo,cikgu..uihh!!x kn smpai takat tu..mna ade la bulan ramadhan ialah bulan umat islam berpuasa..berpuasa ada bnyk kellebihan tau..nak tau kelebihannyer apa??

hah..JenG JENg..

RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.

Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).

Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama.

Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.

Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.

Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).

Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa :

  • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.

  • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.

  • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

  • Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.

  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

  • Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

  • Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

  • Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

  • Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.

  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.

  • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.

Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.
  AmiNNN...

(lakonan di atas tidak ade kena-mengena dgn yg idop or yg mati..hehehe)

Saturday 16 July 2011

Kelebihan Mlm Nisfu Syabaan

Syaaban dan Kelebihannya

REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang
mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan
berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.
Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan
Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-
orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula
berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab:
Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang
banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah
juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud:
“Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya
diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi
yang bermaksud:

“Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan
juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan
menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada
sakit-sakit.”
Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan
Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia
telah berkata yang bermaksud:

Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa
berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan
berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali
pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam
sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”
Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud:

Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
1.Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda
bermaksud:

Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan
tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala
tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu
maka matinya seperti orang mati syahid.”

ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya
Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada
huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga
baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam
Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud:
“ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa
yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
1.Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud:

Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya
serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala
dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan
penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
1.Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam
ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin
sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
Nifsu Sya’aban

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang
akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15
Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, malam)
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, 14 Sya’aban-selepas magrib)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik….
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak
22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya’aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada
malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :
adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang
meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima
taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang
berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa
dengan ibubapa kita.

Malam nisfu Syaaban juga dianggap hari raya Malaikat, begitu juga malam Lailatul Qadar
mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak
Adam berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada
malamnya.

RahsIa Nma SayA..KalO AnDA??

RUHANA MUHAMAD
RRamah
UUntung
HHarum
AAmanah
NNaif
AAlim
MMesra
UUlung
HHarum
AAbadi
MMenawan
AAsli
DDinamik
Apa ada pada nama?

SOLaT..

Assalamualaikum..
dh sembahyang ke belum??kenapa saya bertanyakan hal yg demikian..ha!!jeng-jeng..sbb tajuk kita ari nie SOLAT..apa itu solat?ada apa ngn solat??

semua org tahu yg SoLAT tu ialah perintah Allah S.W.T..dlm azan pon ada suruh kita mengerjakan solat..walaupun cma 5 wktu sehari..berapa juta org yg melaksana kan solat..

APA ITU SOLAT
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
  • Solat Asar sebanyak 4 rakaat
  • Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
  • Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
  • Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
  • Solat Zohor sebanyak 4 rakaat
HUKUM BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
  • Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
  • Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
  • Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
  • a) Menurut Abu Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
  • b) Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal ; Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah
  • Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
DALIL YANG MEWAJIBKAN SOLAT
Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
1] ... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103)
Hadis Rasulullah s.a.w :
1] Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat Baihaqi )
2] Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim)
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
WAKTU YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB-SEBAB TERTENTU
  • Selepas solat subuh sehingga matahari naik.
  • Ketika matahari naik dengan kadar segalah
  • Ketika matahari berada tegak di atas kepala.
  • Selepas solat asar sehingga matahari jatuh.
  • Ketika matahari terbenam.
PERBEZAAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
PERBUATAN
LELAKI
PEREMPUAN
Ketika takbir
Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Ketika sujud
Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan.
Bacaan dalam solat
Boleh menyaringkan bacaan
Dilarang menyaringkan bacaan
Ketika imam terlupa
Boleh mengucapkan lafaz tasbih
Hanya sekadar menepuk tangan kiri.
Aurat
Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.
Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
RUKUN SOLAT
  • Niat
  • Takbiratulihram
  • Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
  • Membaca surah al - Fatihah
  • Rukuk serta tamakninah
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk di antara dua sujud
  • Duduk tahiyyat akhir
  • Membaca tahiyyat akhir
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  • Salam pertama
  • Tertib
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
  • Meninggalkan salah satu daripada rukun solat.
  • Berkata-kata dengan sengaja.
  • Bergerak lebih daripada 3 kali berturut-turut.
  • Terkentut dan yang sewaktu dengannya.
  • Terdapat najis pada badan dan pakaian.
  • Aurat terbuka.
  • Mengubah niat solat.
  • Membelakangkan kiblat.
  • Makan walaupun sedikit.
  • Minum
  • Ketawa
  • Murtad
Saujana:Solat


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.


Sesungguhnya setiap pergerakan & perbuatan di dalam solat itu mengandungi rahsia & fadhilatnya yang tersendiri. Berikut saya kongsikan  rahsia solat yang jarang diketahui umum untuk pedoman kita bersama..
1– Niat Sembahyang : Memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2– Berdiri Betul : Melapangkan ruang di dalam kubur
3– Takbir-ratul Ihram : Sebagai pelita yang menerangi di dalam kubur.
4– Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5– Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6– I’tidal : Mendapat minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7– Sujud : Memagar diri ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8– Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji Nabi kita di dalam kubur
9– Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Kenderaan ketika kita di padang Mahsyar
10– Tahhiyat Akhir : Penjawab  soalan Munkar & Nankir di dalam kubur.
11– Selawat Nabi : Pendinding api neraka di dalam kubur
12– Salam : Memelihara kita di dalam kubur
13– Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Friday 15 July 2011

WANITA SYURGA




01Bertakwa
02Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk
03Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu
04Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
05Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
06Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata
07Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
08Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki
09Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia
11Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk
12Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)
13Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14Berbakti kepada kedua orang tua
15Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

10 CirI AnAk SoLeH..

Anak yg soleh amat penting utk semua ibu-bapa..kerna merekalah yg boleh mendoakan ibu-bapa setelah mereka meninggal dunia..Walaupun saya hanya pelajar...dan bukan ibu atau sapa2..tetpi saya masih lagi seorang anak..dan mengharap agar semua anak-anak dpt mentaati ibu-bapa mereka...:)
      10 CIRI-CIRI ANAK SOLEH

1.Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.

2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.

3.Menghormati Ibubapa,guru, orang tua,jiran & kawan.

4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.

5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.

6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.

7.Memiliki akhlak @ moral yang baik.

8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelaja ran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.

 




KISAH NABI IBRAHIM DAN BAPANYA



Azar, begitulah nama bapa Nabi Ibrahim. Juga seorang yang dengan asyik menyembah batu batu patung, bahkan orang yang membuat patung patung itu dan menjualnya untuk disembah manusia yang membelinya.
Ibrahim tahu, bahawa bapanyalah manusia yang paling dekat kepadanya. Sebab itu bapanya sendiri itulah yang harus pertama kali ditunjuki dan dihindarkannya dari kesesatan, diberi nasihat sepanjang apa yang diajarkan Allah kepadanya.
Terhadap bapanya itu, Nabi Ibrahim sangat hati hati, sebagai penasihat, tetapi pula sebagai anak, Nabi Ibrahim sekali kali tidaklah menghina atau merendahkan akan apa apa yang disembah bapanya itu. Di aturlah oleh Ibrahim kata kata dengan susunan yang paling baik dan menarik hati, dikeluarkan kalimat demi kalimat yang sudah diaturnya itu dengan suara yang lunak, berlemah lembut, bersopan santun, dengan cara yang penuh hormat sekali kepada orang tuanya sendiri.
Mula mula sekali disebutkannya bahawa dia sendiri adalah anak dari bapanya itu sendiri. Kemudian mulai Ibrahim bertanya pertimbangan dan alasan alasan apakah yang menyebabkan bapanya menyembah batu patung itu. Akhirnya dengan cara yang halus, dinyatakannya kepada bapanya, bahawa dia mendapat ilmu dan wahyu dari Allah, mendapatkan keterangan keterangan yang tidak didapat oleh bapanya sendiri.
Dengan hormat dan khidmat, budi dan sopan, tutur demi tutur kata yang teratur, Ibrahim mengajak bapanya sendiri untuk percaya kepadanya, untuk sama sama mengenal Allah bersama dia, kemudian agar menyembah Allah dan meninggalkan batu patung yang tak mendatangkan sesuatu apapun itu.


Tetapi bagaimana juga dicuba oleh Ibrahim untuk menarik hati bapanya, sia sia belaka. Bapanya bukan bertambah insaf dan dekat dengan pendiriannya, malah bertambah sesat dan jauh dari yang dicita citakan Ibrahim sendiri. Akhirnya bapanya berkata: Apakah engkau benci kepada tuhanku, hai Ibrahim? Kalau engkau tidak kembali dari tindakan engkau itu engkau akan saya lontar dengan batu, akan saya hancurkan badanmu itu. Engkau akan tahu sendiri bagaimana jadinya kalau saya sudah marah. Sebelum saya marah, lebih baik engkau pergi saja, tidak ada tempat lagi buatmu di rumahku ini, dan tidak ada pula tempat bagimu dalam hatiku.

Semua sanggahan dan bantahan bapanya itu, disambut oleh Ibrahim dengan dada yang lapang, ketenangan hati, ketetapan jiwa. Kepada Ibrahim tidak dibolehkan oleh Allah bertindak lebih jauh selain menjawab semua itu dengan apa yang diwahyukan Tuhannya: Salamku dan selamat tinggal kepada bapa, saya mohon ampunan Tuhan bagi bapa, kerana bapaku harus kuhormat, dan aku mohonkan ampun bagimu hai kaumku atas apa yang kamu sembah selain Allah, dan aku berdoa kepada Tuhanku, mudah mudahan Tuhan tidak menjadikan doaku ini pangkal kesengsaraan.
Nabi Ibrahim berangkat dan pergi dengan sedih memukul hatinya, kerana anjurannya tidak dapat disambut dengan telinga terbuka oleh bapanya sendiri. Dia mengasingkan diri dari bapanya, agar jangan ikut serta menyaksikan kesesatan dan kesyirikan itu.

SaBar SepAruh DrIpAda ImaN

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud :
      "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)
Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar.Tidak perlu kita menta'rifkannya  secara terperinci.Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Malahan setiap ketika kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka ini ditimpa oleh  sesuatu perkara yang tidak diingini .Hatta terhadap diri kita sendiri pun  sifat ini akan terlintas di hati  bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita.Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang  dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .
Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa ganjaran,kelebihan dan kebaikan yang Allah s.w.t.
anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna yang mungkin.Sebagaimana terdapat hadis Rasulullah s.a.w.
yang menyatakan kebaikan sabar ini sebagaimana sabdanya : Yang bermaksud : Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak .
dan telah bersabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas radhiallahu anhu : Sememangnya sifat ini Allah s.w.t.telah membekalkan kepada setiap hambanya samada yang  mukminnya mahu pun yang kafirnya. Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk  Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.
Sifat SABAR  terbahagi  kepada dua bahagian:
1 -  Maqamat :
      Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut.
Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita  tanpa kita tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya. Walau pun pada peringkat permulaan penulis ada menyatakan bahawa setiap hamba Allah itu telah dibekalkannya dengan sifat sabar ini tetapi ianya sepertilah sebagaimana yang kita maklumi bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah menyediakan atau menetapkan rezekinya masing-masingTetapi apakah rezeki itu datang secara bergolek sahaja kepada kita tanpa sedikit pun kita berusaha untuk mendapatkannya.
Begitulah juga dengan sifat -sifat baik yang kita utarakan ini.Sifat tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.
2 - Ahwal:
     Ahwal ini merupakan suatu perasaan  yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.
Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.
         1 - Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
         2 - Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
         3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang  tidak diingini
         4 - Sabar terhadap hawa nafsu
i ) Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
Untuk melahirkan sifat sabar yang sebenarnya terhadap perkara perkara ketaatan ini  hendaklah setiap ketaatan yang kita datangkan itu disertai bersama dengan perasaan ihklas  yang lahir di dalam hati kita.Kenapakah syarat ihklas ini diletakkan di peringkat permulaan lagi?Ini kerana untuk melahirkan perasaan ihklas ini bukan suatu perkara yang mudah dan senang.Ianya bukan boleh dibuat -buat begitu sahaja tanpa merasakan sesuatu yang benar-benar ihklas lahir dari lubuk hati kita.Maka inilah yang dinamakan ahwal.Bila mana kita telah mampu mendatangkan sifat ini dengan penuh usaha dari kita maka secara automatiknya kita telah mampu untuk meninggikan maqamat atau kedudukan kita di sisi Allah s.w.t. dalam perkara sabar ini.
Terkadang kita merasakan bahawa untuk melakukan sesuatu perkara taat merupakan suatu perkara yang senang sekali.Kita boleh sahaja menunaikan solat fardhu lima kali setiap hari,kita boleh saja berpuasa wajib di bulan Ramadhan secara keseluruhannya ,begitu juga dengan puasa -puasa sunat dan solat-solat sunat,kita bila-bila masa sahaja boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari kita.
Tetapi apakah selama kita menunaikan ketaatan kita kepada Allah s.w.t.disertai juga dengan sifat ihklas tadi.Alangkah ruginya kita apabila setiap perkara taat yang kita usahakan pagi petang siang dan malam cuma semata-mata kerana makhluk Allah s.w.t sahaja tetapi bukan kerana yang Maha suci.Setiap solat yang kita tunaikan semata-mata ingin dilihat oleh orang lain dan ingin mendapatkan pujian dari mereka.Setiap puasa yang kita usahakan sepanjang hari,kita merasakan bahawa itu merupakan suatu perkara terpaksa bagi kita,bukan dengan kemahuan yang  kita inginkan atau ingin menunjuk-nunjuk bahawa kitalah orang yang paling rajin menunaikan puasa sunat setiap minggu,demikian juga bantuan yang kita hulurkan kepada sesiapa sahaja semata-mata ingin mendapatkan imbalan atau balasan dari mereka tanpa kita sedikit pun menyandarkan kepada Allah s.w.t,apatah lagi hendak disertai dengan perasaan ikhlas.
Sekiranya segala sebab-sebab sebegini masih lagi meliputi di tubuh badan dan jiwa kita, setiap amal kebaikan yang kita lakukan sudah sekian banyak terjual dengan sifat sum'ah dan riak kita dan setiap perkara-perkara kebaikan yang sudah sekian lama kita kerjakan sudah terjual semuanya dengan segala sifat mazmumah dari kita maka kita sendiri boleh merasakan bahawa maqam sabar kita terhadap perkara-perkara taat di sisi Allah s.w.t. masih terlalu jauh lagi dari kita.Tetapi bila mana ianya dapat kita kawal dengan rapi ,setiap kebaikan dan ketaatan yang kita usahakan sentiasa dengan tawadhuk dan rendah diri kepada Allah s.w.t.,sentiasa kekal di hati kita untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t. maka ketika itu kita di sisi Allah s.w.t.berada di maqam yang tinggi dan layak diberi title sebagai ?????? ?????  justeru kerana kedudukan kita telah sampai ke tahap ????? ? ??????? .
        Penulis rasa ada baiknya kalau kita mengimbas kembali bagaimana kedudukan atau maqam nabi s.a.w. dan para sahabat terdahulu dalam melaksanakan ketaatan mereka kepada Allah s.w.t.Bagaimana perasaan mereka setelah mana mereka mampu untuk menghadirkan diri ke masjid nabi walaupun mereka terpaksa menghadapi suasana yang sejuk serta panas namun mereka tetap tidak mahu untuk melepaskan peluang dan merebut pahala solat tahajjud dan qiamullail lainnya sehinggakan mereka merasakan begitu sedih dan sunyi apabila waktu solat tahajjud kian berakhir.Diceritakan dalam sejarah sampai-sampai ada dikalangan mereka menangis apabila waktu solat malam berakhir dan mereka tidak sempat untuk memakmurkannya.Mengapa perasaan seperti ini ada pada para sahabat nabi dan tidak sedikit pun tercurah  ke dalam hati kita ?
Tidak lain dan tidak bukan ini adalah kerana kelazatan beribadat telah sebati dalam jiwa mereka.Ketaatan dan kesabaran mereka dalam melaksanakan ibadat sememangnya telah berada di kemuncak yang tertinggi di sisi Allah s.w.t.Kita lihat pula kepada seorang ahli feqih dan tasauf yang terkenal iaitu Imam Zakaria Al-Ansori,yang mana termaktub dalam sejarahnya,bahawa sepanjang hidup beliau dalam dunia ibadat,beliau  tidak mahu  sembahyang dengan cara duduk walaupun umur beliau menjangkau ratusan tahun dan ketuaannya terserlah.Sehinggakan ketika sembahyang badan beliau bergoyang ke sana ke mari namun beliau tetap tidak mahu duduk,walaupun di sana beliau telah diberi saranan oleh sahabat-sahabat dan juga
murid-muridnya agar beliau duduk sahaja ketika sembahyang kerana memandangkan tenaganya yang kian lemah.Apabila ditanya kepada beliau,mengapa tuan tetap juga mahu berdiri ketika sembahyang sedangkan tuan terlalu lemah untuk berdiri.Bagaimana dengan jawapan beliau. Beliau mengatakan bahawa yang menyebabkan saya untuk terus berdiri kerana nikmat dan kelazatan qiam ketika sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat ternilai bagi saya.Cuba kita bayangkan,sedangkan di sana telah ada keringanan hukum yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang tidak mampu berdiri ketika bersembahyang.Bagaimana dengan kita.Apakah sebab yang mendorong mereka untuk sampai ke tahap itu.
 
ii) Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
 
Seterusnya marilah bersama-sama kita lihat bagaimana huraian terhadap pembahagian kedua iaitu sabar terhadap perkara-perkara maksiat.Apakah tindakan yang sewajarnya yang  perlu kita lakukan bila mana kita berhadapan dengan perlakuan maksiat yang berlaku dihadapan mata kita.Pada hakikatnya untuk mendatangkan sifat sabar terhadap perkara maksiat ini lebih berat daripada kita mengelak diri dari  mendatangkan sifat -sifat mazmumah dalam peribadatan kita kepada Allah s.w.t.
sebagaimana yang kita bincangkan pada bahagian pertama tadi.
 
Kalau kita lihat pada bahagian yang pertama tadi juga ia merupakan suatu perkara yang ringan untuk dilaksanakan bagi orang yang diberi kemudahan oleh Allah s.w.t. manakala ianya akan menjadi berat bagi orang yang tidak mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah s.w.t.Penulis mengatakan bahawa untuk sabar dalam perkara maksiat ini lebih berat daripada yang pertama kerana ianya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan paksaan yang kuat untuk meninggalkannya.Sekiranya tanpa usaha dan paksaan dari kita sudah tentu perkara maksiat ini tidak akan lekang dari kita.Al Imam Al Habib  Ibnu Alwi Al Haddad dalam pembicaraannya dalam masalah ini telah memberikan suatu peringatan kepada kita dengan sekeras-kerasnya supaya jangan sekali-kali kita cuba untuk mengingati atau mengimbas kembali segala sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang telah kita lakukan sewaktu masa dahulu.Walaupun pada masa ini kita menganggap bahawa kita telah pun berada di dalam golongan orang-orang  yang selalu mengingati Allah s.w.t.Tetapi jangan sekali-kali kita merasakan bahawa diri kita mampu untuk mengatasi segala maksiat yang berlaku terhadap diri kita dan di hadapan mata kita.Tidak bererti kita mampu untuk menghindarkan diri kita ,walaupun di dalam kepala kita terkumpul ayat-ayat Al-Quranul karim,terhimpun hadis-hadis nabi s.a.w.,termaktub di dalam benak kita segala ilmu yang telah kita timba semenjak dari tahun pertama pengajian kita di bumi Mesir ini sehinggalah ke hari ini.Ini kerana walaupun kita sekarang berada di maqam yang tertinggi tetapi sekali kita teringat sahaja terhadap keseronokan dosa dan keenakan maksiat  yang telah kita lakukan suatu masa dahulu maka secara spontan perasaan tersebut akan terlintas di hati kita untuk kita kerjakan bagi kali kedua.Jelas sekali perkara ini amat berbahaya kepada kita sekiranya tidak ada paksaan dari kita untuk meninggalkan segala ingatan tersebut.Jadi seandainya kita mengingati segala dosa kesalahan kita yang telah silam itu akan membuat kita lebih menyesal dan insaf dengan sebenar-benarnya dan sekaligus akan meningkatkan kedudukan atau maqam kita kepada maqam taubah dan istighfar itu adalah suatu yang baik tetapi yang terlebih baik sekali ialah tidak mengingati sama sekali perkara-perkara hitam yang telah kita lakukan dahulu.Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam kitabnya begitu kuat sekali menekankan perkara ini agar tidak mengingatinya kembali sehingga ia mengatakan bahawa lebih ringan masuk neraka daripada kita terjerumus kembali ke dunia maksiat akibat perbuatan kita terus-menerus membayangkan keindahan maksiat yang telah kita lakukan beberapa waktu dahulu.
 
iii ) Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini
Sabar dalam perkara -perkara yang tidak diingini atau dibenci terbahagi kepada dua bahagian:
1- sabar kita sewaktu ditimpa sebarang bencana atau malapetaka.
I.e. sabar ketika kita menerima sebarang bentuk malapetaka atau musibah yang bukan sebab daripada seseorang hamba atau makhluk Allah s.w.t tetapi ianya adalah  terus dari Allah s.w.t umpamanya sakit ,hilang dan musnah harta kita akibat banjir yang melanda,ribut taufan yang memusnahkan segala-galanya dan sebagainya. Bagaimana perasaan kita sewaktu kita kehilangan seseorang yang amat kita sayangi,bagaimana perasaan kita sewaktu rumah yang kita tinggal dijilat api semuanya,bagaimana perasaan kita sewaktu kita sihat walafiat tiba-tiba Allah datangkan kepada kita suatu penyakit yang amat sukar untuk diubati.Sudah tentunya ketika berhadapan dengan perkara-perkara atau musibah sebegini kita akan mengeluh dan mengadu ke sana dan ke mari untuk menyatakan perasaan kita yang kita tanggung waktu itu.Ketika inilah ujian sebenar yang menimpa kita akan menentukan kita sama ada kita sabar atau tidak untukk menghadapinya .Bagi seseorang yang telah biasa dengan maqam sabar ini sudah tentunya mudah bagi dirinya untuk
menyandarkan bahawa ini merupakan suatu ujian Allah kepada dirinya sekaligus maqam al qada' dan qadar telah tersemai dalam dirinya walaupun pelbagai sebab telah tersedia ada di hadapannya sebagai suatu illah bagi peristiwa-peristiwa yang  telah berlaku terhadap dirinya,namun kesemuanya itu tetap menjadi suatu perkara yang telah disandarkan kepada Allah s.w.t.Bagi seseorang yang sentiasa mengeluh dan terus mengadu ke sana dan ke mari seolah-olahnya ia tidak setuju dengan al qada' dan al qadar yang  telah diturunkan kepadanya.Tetapi tidaklah semua  keluhan yang kita luahkan itu merupakan ketidak setujuan kita terhadap musibah yang ditimpakan kepada kita contohnya lelehan air mata yang turun dari kelopak mata kita sewaktu ditimpa sebarang musibah atau kita menahan sebarang kesakitan dan sekaligus kita tidak  mengadu ke sana dan ke mari itu tidaklah dinamakan kita tidak sabar terhadap ujian yang ditimpakan kepada kita atau dengan kata lain itu tidaklah bertentangan dengan maqam sabar yang kita bicarakan ini.Gambaran seperti ini jelas sekali tidak mengapa sebagaimana yang berlaku terhadap junjungan kita nabi besar Muhammad s.a.w. sewaktu kewafatan seorang anak lelaki kesayangan beliau iaitu yang bernama Ibrahim.
 
Di mana pada waktu itu beliau tidak lagi dapat menahan kesedihan sehingga mengalir air mata beliau,sebagaimana menurut maksud sabdanya : "Sesungguhnya dengan air mata yang menitis ,dengan hati yang berdukacita,sesungguhnya dengan kami sangat berdukacita sekali sewaktu kami  berpisah dengan anda"
Itu adalah merupakan suatu keadaan ketika mana nabi melepaskan putera beliau yang bernama Ibrahim dengan lelehan air mata yang tidak dapat dibendung lagi kerana terlalu sedih , di mana setelah menerima  asuhan dari nabi  anak tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Thursday 14 July 2011

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful... Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)   

     Kita sesungguhnya sebagai insan adalah makhluk yang sangat lemah. Allah swt sendiri menjelaskan hakikat ini dalam firman-NYA yang bermaksud,"dan manusia dijadikan bersifat lemah"(surah an-Nisaa' ayat 28).. Lemahnya seorang manusia itu sehingga ia pada bila-bila masa sahaja terdedah dengan kesilapan dan kesalahan. Bila-bila masa sahaja dan sesiapa sahaja...termasuklah seorang da'ie itu sendiri.  Entri ana kali ini adalah sebagai muhasabah kita bersama khususnya buat para duat atau da'ie ilallah. Antara bencana besar yang sangat berisiko menimpa kita sebagai da'ie, murabbi, ketua, pemimpin atau sesiapa sahaja yang memiliki kelebihan atau kedudukan ialah bencana "RIAK"..Ana akan cuba mengupas serba sedikit tantang apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini antum dan ana sendiri dapat mengambil ibrah dan cuba mengenalpasti adakah riak itu pernah ada dalam diri kita dan ini secara tidak langsung, sekurang-kurangnya kita sama2 boleh membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati tersebut.  Riak ini adalah salah satu penyakit hati. Penyakit hati ini, wujud tanpa kita sedar, kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya ia telah merosakkan seluruh ibadat kita. Disebabkan riak, amalan kita mungkin tidak diterima Allah. Rasulullah juga risau dan telah berpesan bahawa jauhkan dari sifat ingin menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana ianya menyamai syirik.  Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:  "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)    Takrif Riak  Riak adalah penyakit rohani yang boleh mengancam aqidah umat Islam. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Imam al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.  Allah swt berfirman mafhumnya:  "Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak"  Firman ALLAH lagi yang bermaksud:  "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir." (surah al-Baqarah, ayat 264)  Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau pernghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati yang ikhlas mengharapkan keredhaan ALLAH.   Jenis-jenis riak  Orang yang tidak ikhlas menunaikan kerja ibadatnya adalah orang yang diserang penyakit riak yang membatalkan ibadatnya. Riak terbahagi kepada dua: 1- riak khusus
2- riak bercampur.  Riak khusus ialah berkehendakkan manfaat dunia semata-mata daripada amalan yang dikerjakan.  Mengikut pendapat (Qaul) yang terpilih, tiada kadar tertentu terbatalnya pahala akibat riak itu. Yang jelas, riak itu mengakibatkan amalan tidak diterima, ditolak terus atau dikurangkan pahalanya.  Diriwayatkan, apabila seseorang hamba Allah yang riak menuntut pahala amalannya pada hari kiamat, Allah swt lalu berfirman bermaksud:  Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?  Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, kerana amalannya tidak ikhlas. Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya.  Diriwayatkan lagi, bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:  "Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu) mengerjakan amalan itu bukan kerana-Ku."  Mengikut riwayat lain:  Pada hari kiamat, kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk, 'Hai orang-orang yang menyembah manusia! Berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu. Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada-Ku.'  Seterusnya diriwayatkan lagi, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  "Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya: 'Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riak, pengadu domba dan pendengki."  Mengikut Imam al-Ghazali 'Bakhil dalam hadith tersebut bermaksud, bakhil yang sejahat-jahat bakhil, iaitu bakhil daripada mengucapkan La Ilaha Illallah,Muhammadun Rasulullah. Manakala riak itu pula ialah sejahat-jahat riak, iaitu riak orang munafik, menunjuk-nunjuk imannya dan tauhidnya dengan kata-kata dan perbuatan, tetapi di dalam hatinya berlainan. Orang yang tidak mengatasi bakhil dan riak tersebut atau tidak membebaskan diri daripada serangan kedua-duanya, akan menerima kecelakaan dan akan terjatuh dalam kekufuran, lalu terluputlah daripada syurga dan berhak kekal dalam neraka.  Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda, bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari kiamat ialah:  Lelaki yang membaca atau menghafal al-Quran; Lelaki yang banyak harta; Lelaki yang terkorban dalam perang sabil.  Kepada lelaki yang membaca atau menghafal al-Quran, Allah berfirman bermaksud:  "Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?" Apabila lelaki itu menjawab, 'Ya, wahai Tuhanku', Allah berfirman lagi, 'Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Quran itu?' Jika lelaki itu berbohong, Allah berfirman kepadanya, 'Engkau dusta!'. Para Malaikat juga turut berkata demikian. 'Engkau sebenarnya mahukan sebutan atau pujian orang. Seungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu.'  Kepada orang kaya pula Allah berfirman bermaksud:  "Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?" Jawab orang kaya itu, 'Ya, wahai Tuhanku'. Lalu Allah berfirman lagi, Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu? Jika orang kaya itu menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silaturrahim dan bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat. Engkau berdusta! Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!  Demikianlah juga, firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil,  "apabila dia berbohong dengan mengatakan, Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh."  Ibnu Abbas pula meriwayatkan, Rasulullah bersabda maksudnya,  Sesungguhnya neraka dan penghu-ninya menjerit-jerit kerana orang-orang riak. Ibnu Abbas lalu bertanya, Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riak.  Riak khusus pula Orang yang mengerjakan amal kebajikan kerana berkehendakkan manfaat dunia,walaupun manfaat itu diharapkan daripada Allah (bukan daripada manusia) adalah juga termasuk dalam riak.  Menurut ulama riak itu adalah berdasarkan apa yang dikehendaki, bukan daripada siapa kehendak itu diminta. Tidak kira, sama ada daripada Allah atau daripada manusia, jika manfaat dunia yang dikehendaki, maka itu dikira riak.  Firman Allah mafhumnya:  'Barangsiapa berkehendakkan hasil tanaman akhirat, Kami tambahkan baginya hasil tanamannya dan barangsiapa berkehendakkan hasil tanaman dunia, Kami kurniakan kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tiada sedikitpun baginya bahagian akhirat.' (Surah asy-Syuura: Ayat 20).  Jika manfaat dunia yang dikehendaki untuk dijadikan bekalan beribadat, maka itu dikira riak, kerana manfaat itu bukan bersifat duniawi semata-mata, tetapi bercampur dengan manfaat ukhrawi.  Jadi, niat untuk mencapai matlamat kebajikan ke jalan akhirat bukan dikira riak. Umpamanya, kita berusaha mencari pengaruh atau berusaha untuk mendapat pengorbanan orang ramai dengan cara meninggalkan taraf hidup kita, semata-mata dengan tujuan agar kerja kebajikan kita, mi-salnya kegiatan dakwah, mendapat sokongan dan sambutan yang akan mendatangkan hasil yang diharapkan atau mendapat kejayaan yang cemerlang.  Hal seperti itu dikatakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat kebajikan (untuk akhirat), kecuali jika pengaruh dan penghormatan itu untuk memperolehi kemuliaan, kebesaran, kemasyhuran, kemegahan dan keadaan yang bersifat duniawi.   Perkara yang diriakkan oleh manusia  
1- Riak dari segi badan  Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat. 
2- Riak pada pakaian  Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.  
3- Riak dengan perkataan.  Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong. 
4- Riak pada amalan  Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya. 
5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.  Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.   Peringkat riak  
1- Riak Akbar Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2- Riak Asghar Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain. 
3- Riak Jali ( yang terang ) Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.  
4- Riak Khafi ( yang tersembunyi ) Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.  cara untuk menghindarinya.  Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;  
1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.  
2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak. 
3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak.Sabda Baginda yang bermaksud:  "Awaslah kamu..jangan mencampuradukkan antara taat pada ALLAH dengan keinginan dipuji orang(riak), nescaya gugur amalanmu" (hadis riwayat Ad-Dailami)  
4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan. 
5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.  
6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  "Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)  Amal seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata demi Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikuti sunnah Nabi).  Allah berfirman bermaksud: 
      "Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan jangan menyekutukan Allah dengan suatu apa pun." (Surah al-Kahfi, ayat 110)  Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuatkan dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan ALLAH di akhirat nanti.Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam.  Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama-kelamaan ia akan membinasakan kemurniaan aqidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, wara' atau rajin beribadah. Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini dingatkan ALLAH dalam firman bermaksud: 
          "Dan janganlah kamu turut hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu dari (agama) ALLAH". (Surah Sad: 26)  Akhirul kalam dari ana, untuk menjauhkan diri ataupun membersihkan hati daripada amalan riak maka setiap Muslim hendaklah memperhitungkan diri sendiri berapa banyak kebaikan serta dosa yang dilakukan supaya terus berhati-hati dalam setiap gerakan dan apa juga tindakan yang akan dilakukan.  Firman ALLAH swt yang bermaksud:   
              Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah ali-Imran: 135)   

    Oleh yg demikian,marilah kita semua berdoa kpd yg Esa agar HATI kita sering berniat ikhlas keranaNya..Jikalau tidak sia-sialah ibadah yg kita lakukan jika tidak disertakan niat kpd yg Maha Esa..;)
wassalam..
~ARTIKEL INI  BUKAN MILIK SAYA~