...

My Melody Kawaii

bismillahirrahmanirrahim

nikmat Allah

Saturday, 16 July 2011

SOLaT..

Assalamualaikum..
dh sembahyang ke belum??kenapa saya bertanyakan hal yg demikian..ha!!jeng-jeng..sbb tajuk kita ari nie SOLAT..apa itu solat?ada apa ngn solat??

semua org tahu yg SoLAT tu ialah perintah Allah S.W.T..dlm azan pon ada suruh kita mengerjakan solat..walaupun cma 5 wktu sehari..berapa juta org yg melaksana kan solat..

APA ITU SOLAT
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
  • Solat Asar sebanyak 4 rakaat
  • Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
  • Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
  • Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
  • Solat Zohor sebanyak 4 rakaat
HUKUM BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
  • Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
  • Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
  • Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
  • a) Menurut Abu Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
  • b) Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal ; Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah
  • Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
DALIL YANG MEWAJIBKAN SOLAT
Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
1] ... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103)
Hadis Rasulullah s.a.w :
1] Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat Baihaqi )
2] Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim)
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
WAKTU YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB-SEBAB TERTENTU
  • Selepas solat subuh sehingga matahari naik.
  • Ketika matahari naik dengan kadar segalah
  • Ketika matahari berada tegak di atas kepala.
  • Selepas solat asar sehingga matahari jatuh.
  • Ketika matahari terbenam.
PERBEZAAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
PERBUATAN
LELAKI
PEREMPUAN
Ketika takbir
Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Ketika sujud
Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan.
Bacaan dalam solat
Boleh menyaringkan bacaan
Dilarang menyaringkan bacaan
Ketika imam terlupa
Boleh mengucapkan lafaz tasbih
Hanya sekadar menepuk tangan kiri.
Aurat
Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.
Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
RUKUN SOLAT
  • Niat
  • Takbiratulihram
  • Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
  • Membaca surah al - Fatihah
  • Rukuk serta tamakninah
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk di antara dua sujud
  • Duduk tahiyyat akhir
  • Membaca tahiyyat akhir
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  • Salam pertama
  • Tertib
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
  • Meninggalkan salah satu daripada rukun solat.
  • Berkata-kata dengan sengaja.
  • Bergerak lebih daripada 3 kali berturut-turut.
  • Terkentut dan yang sewaktu dengannya.
  • Terdapat najis pada badan dan pakaian.
  • Aurat terbuka.
  • Mengubah niat solat.
  • Membelakangkan kiblat.
  • Makan walaupun sedikit.
  • Minum
  • Ketawa
  • Murtad
Saujana:Solat


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.


Sesungguhnya setiap pergerakan & perbuatan di dalam solat itu mengandungi rahsia & fadhilatnya yang tersendiri. Berikut saya kongsikan  rahsia solat yang jarang diketahui umum untuk pedoman kita bersama..
1– Niat Sembahyang : Memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2– Berdiri Betul : Melapangkan ruang di dalam kubur
3– Takbir-ratul Ihram : Sebagai pelita yang menerangi di dalam kubur.
4– Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5– Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6– I’tidal : Mendapat minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7– Sujud : Memagar diri ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8– Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji Nabi kita di dalam kubur
9– Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Kenderaan ketika kita di padang Mahsyar
10– Tahhiyat Akhir : Penjawab  soalan Munkar & Nankir di dalam kubur.
11– Selawat Nabi : Pendinding api neraka di dalam kubur
12– Salam : Memelihara kita di dalam kubur
13– Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

No comments:

Post a Comment