...

My Melody Kawaii

bismillahirrahmanirrahim

nikmat Allah

Friday, 26 August 2011

✿◕ ‿ ◕✿ Pengajaran untuk semua

                                                  Assalamualaikum
AHLAN WA SAHLAN
           Alhamdulilah. dh abis exam dn dh masuk pon kita ke fasa yg ke-3 di bln Ramadhan . yakni 10 mlm terakhir di bln Ramadhan. Taw x? ganjaran bagi sesiapa yg beribadat dgn ikhlas kpd yg Maha Esa ialah malam Lailatul qadar yang mulia.. 
tetapi itu bkn tajuk yang saya mahu bincangkan pada hari ini. Tajuk yg saya ingin bincang kan ialah hikmah berjilbab. jika lihat dari segi bahasa semua org memahami erti berjilbab iaitu menutup bahagian kepala (rambut) daripada pandangan lelaki yang bukan muhrim.Pada masa kini ramai wanita di luar sana tidak menitikberatkan dri segi berjilbab. Kalau nk di ikutkan banyak sgt jenis fesyen bertudung yang menyalahi hukum syarak. Ada berjilbab yang terlalu singkat,ada yang memakai berjilbab tetapi tidak menutupi bahagian lainnya,ada yang berjilbab tetapi diperlihatkan lehernya, banyak sekali jenis berjilbab yang berfesyen yang tidak dapat saya huraikan di sini.Tudung-tudung yang demikian bukanlah tudung yang dipakai oleh wanita-wanita di zaman nabi. Selain itu,memakai tudung yg sedemikian rupa tidak langsung mndpt apa-apa kebaikan ia hanyalah mendatang keburukan merugikan. Tudung yang sesuai bagi wanita islam yang beriman kpd Allah islah tudung yg menutupi aras dadanya,yang menutupi aras pinggangnya.Tudung inilah yang menjauhkan kita daripada menjadi fitnah bagi kaum lelaki.
   Selain itu, memakai jilbab merupakan lambang wanita yang beriman kpd Allah serta taqwa kepadaNya.
Wanita yang sentiasa beriman dan taat,pasti akan mengikut perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan perkara yang dilarang dalam Islam.
•Berbeza dengan orang yang tidak beriman,mereka amat ingkar perintah Allah dan Rasulullah S.A.W.
 Seterusnya,ia juga mampu mengelakkan kita drpd orang yang berniat jahat.Dgn memakai jilbab dapat mangawal nafsu shawat lelaki.
  Di samping itu,memakai tudung mampu membezakan kita dgn bukan islam. 
•Berdasarkan tafsir Ibn Katsir,jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka dimana orang yang merdeka wajib bertudung.
•Manakala dalam tafsiran yang lain,dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
•Wanita Muslimah adalah wanita yang bertamadun
   Akhir sekali,jilbab mampu menghalang penyakit kulit.
Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitive berbanding kulit lelaki.
•Maka,kulit wanita memerlukan system penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki
•Persekitaran kita kini begitu bahaya kerana terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.
•Contohnya,udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu ( dangerous particles) ditambah pula dengan pencemaran cahaya serta radioaktif.
•Pencemaran cahaya berpunca dari penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara,lalu sinar matahari yang berbahaya mudah terlepas ke permukaan bumi mengakibatkan gagal ditapis oleh ozon.
•Maka,alternative terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini tentunya berpakaian baik iaitu mampu menutupi semua bahagian badan yang sensitive.
•Ia sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab.
•Ia sungguh relevan pada hari ini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita,terutama wanita yang lebih jauh sensitive terhadap kesan pencemaran tersebut.
•Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjang,maka pakailah pakaian yang menutup aurat.
•Ia lebih selamat dan dijamin oleh Allah sejak dahulu lagi.


 ➳♥ indahkan bertudung.Oleh hal yang demikian sama-samalah kita memakai tudung demi agama kita serta taqwanya kita kepada yang Maha Esa.
 

No comments:

Post a Comment